Friday, 24 April 2015

Cintaku pada Oldtown White Coffee

Dah lama tak makan kat sini...dah lama tak menikmati hidangan di sini....rindu sangat kenangan yang menggamit di OTWC....

Saturday, 20 September 2014

D'arab Cafe

Kebetulan berada di KL aku memanjangkan langkah sehingga ke Shah Alam...teringat zaman2 belajar masa kat UiTM dulu...Bayangkan setelah 5 tahun meninggalkan Shah Alam terlalu banyak perubahan yang berlaku...i-City, Jakel dan mcm2 lagi bangunan yang telah berdiri tegak kat area Seksyen 7 btl2 belakang Uitm tu....walawehhhhhh...mabeles sgt2...heheheh...
Tapi kat sini aku bukan nak cite pasal zaman study kat uitm tapi nak cite pasal jalan2 cari makan...heheheh...Dah terlanjur ke Shah Alam ni...disebabkan adik aku teringin nak makan nasi arab so aku bawak dia pegi Seksyen 7...Kat sini ada 1 kedai nasi arab yang sangat popular di kalangan student malah penduduk tempatan...D'arab Cafe....kedainya btl2 terletak di belakang bangunan Unisel...masakan mmg sedap sangat...macam2 jenis menu masakan arab yang dijual di sini...So siapa2 yang berkunjung ke Shah Alam dan teringin nak makan nasi arab bolehlah berkunjung ke kedai D'arab Cafe ni...memang tidak mengecewakan...;) Korang boleh jgk tgk entri pembaca bloglain yang banyak dah share ttg D'arab cafe ni...;)

Thursday, 18 September 2014

Teks MC Jamuan Akhir Tahun

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN SKSR 2013

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

INDAH NIAN MALAM INI
WARGA SK SG ROKAM BERSERI-SERI
JAMUAN AKHIR TAHUN SAMA DIRAI
KITA MULAKAN DENGAN CERIA DI HATI

MERAH DAN HITAM MENAWAN SEKALI
TEMA JAMUAN MALAM INI
JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERPISAHAN KITA MULAI
MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA…


YG BERUSAHA PN HAJAH RAFIAH BINTI ABD RAZAK ,GURU BESAR SK SUNGAI ROKAM

YANG DIHORMATI
IR. NASARUDDIN BIN..........................
YDP PIBG SK SG ROKAM

PN SABARIAH BINTI SAMSUDDIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PN FATIMAH ZAHARAH BINTI GHAZALI,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

TN HJ AB RAHMAN BIN ARIFFIN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

TN HJ ZAFIAN BIN KASSIM
PENOLONG KANAN PETANG

YANG DIRAIKAN
PN HJH AINUN NUR BINTI ABDUL RAHMAN
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
.....................................................................
.....................................................................
.....................................................................


RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SK SG ROKAM
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YG DIKASIHI SEKALIAN…

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA DIMALAM YG BERBAHAGIA DAN PENUH INDAH INI, KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERPISAHAN 2013.

HADIRIN SEKALIAN…

TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN,BUKAN SAHAJA UNTUK MAJLIS MAKAN-MAKAN ,IA JUGA MENJADI MEDAN TERAKHIR BAGI KITA UNTUK BERAMAH MESRA SESAMA KITA, DEMI MEMPERERATKAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN SETELAH BERPENAT LELAH DENGAN PENGLIBATAN DLM PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPANJANG TAHUN 2013.
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN 

***BACAAN DOA***

HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENJELANG RAYA MENCARI BULUH
BULUH DICARI DI HUTAN SEPI
ANGKAT TANGAN JARI SEPULUH
MEMOHON DOA MAJLIS DIBERKATI

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA MLM INI,,DIPERSILAKAN USTAZ............................................... UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ...........................................ATAS BACAAN DOA ITU TADI.


***PARA HADIRIN SEKALIAN***

***UCAPAN YDP PIBG***

TANPA MELENGAHKAN MASA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN IR. NASARUDDIN BIN.........................YDP PIBG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN TERIMA KASIH KEPADA YDP PIBG IR. NASARUDDIN BIN...................ATAS UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI.



SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT, PUAN JAMALIAH BINTI IBRAHIM SELAKU PENGERUSI KELAB BALKIS SK SG ROKAM 2013 UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN JAMALIAH BINTI IBRAHIM.

***UCAPAN YANG DIRAIKAN***


***UCAPAN GURU BESAR***

MAJLIS SETERUSNYA, DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, PN HAJAH RAFIAH BINTI ABD RAZAK UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN GURU BESAR.


***PERSEMBAHAN DAN JAMUAN MAKAN***








PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU


HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT………………………………………UNTUK MENYAMPAIKAN LAGU………………………...DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT ……………………………………………………………………………………………………………DIPERSILAKAN.

SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN NYAYIAN DARIPADA …………………………………………………..MAJLIS DENGAN SUKACITANYA DIPERSILAKAN.



KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN………………………………………………….DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.



***PENUTUP***

HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA CABUTAN BERTUAH /PERSEMBAHAN ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA

SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
INI SEKADAR PENGHIBUR SAJA
MENJADI KENANGAN YANG ABADI
SEMOGA PERSAHABATAN LEBIH TERSIMPUL RAPI.

UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
 
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
DI 31 DIS MERYUARAT GURU PERTAMA KALI.

.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

Teks MC Hari Guru

TEKS UCAPAN MC SEMPENA HARI GURU 2012

MURID-MURID SEKALIAN,MARILAH SAMA2 KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SK SUNGAI ROKAM.
ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT
TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN
SAMA KATA SAMA SEPAKAT
HARI GURU MARI RAIKAN.

JALAN KE DARAT BERPILIN-PILIN
CUACA REDUP MENAWAN DUKA
GURU IBARAT CAHAYA LILIN
MENYULUH HIDUP TIAP KETIKA.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA…DAN SALAM SATU MALAYSIA

YANG DIHORMATI
PN SABARIAH BT SAMSUDIN, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK SUNGAI ROKAM
PN FATIMAH ZAHARAH BT GHAZALI, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
TUAN HAJI ABDUL RAHMAN B. ARIFFIN, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PN HAJAH AINUN NUR BT ABDUL RAHMAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

RAKAN-RAKAN GURU-GURU, STAF-STAF SOKONGAN SERTA MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN SYUKUR KE HADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA JUA MAKA KITA DIBERIKAN LUANGAN WAKTU DAN KESEMPATAN UNTUK KITA SAMA-SAMA BERKUMPUL PADA PAGI YANG GEMILANG INI BAGI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2012. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA TEMA HARI GURU PADA TAHUN INI IALAH  GURU INOVATIF MELONJAK TRANSFORMASI NEGARA.

HADIRIN-HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,

SAMBUTAN HARI GURU MERUPAKAN SATU PENGIKTIRAFAN BUAT KITA YANG BERGELAR ’CIKGU’..SEMOGA DENGAN PENGIKTIRAFAN INI DAPAT MENYEMARAKKAN LAGI ILTIZAM DAN TEKAD SERTA IKHTIAR DALAM USAHA KITA MENJANA DAN MENGANGKAT MARTABAT PROFESION KEGURUAN SEBAGAI PROFESION YANG DIPANDANG TINGGI SEMURNI TUGAS SEORANG GURU.

HADIRIN YANG DIHORMATI,

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN _________________________  UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA.DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA__________________________________________DIATAS BACAAN DOA ITU TADI.

ANAK KECIL PERGI BERBURU
TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA
DARI KECIL DI ASUH GURU
AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.

**** MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PEMBACAAN PERUTUSAN………………………………..YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH……………….....................................DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.


PARA GURU DAN MURID SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT KETUA MURID SK SUNGAI ROKAM SAUDARI________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI _______________________________ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN
KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT
HARGAIKU SEPANJANG ZAMAN
AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.



HADIRIN SEKALIAN
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN _________________________________________GURU BESAR SK SUNGAI ROKAM BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU. DIPERSILAKAN

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA PUAN GURU BESAR DI ATAS UCAPAN ITU TADI.

DI MANA ADA KEMAHUAN
DI SITU ADA JALAN
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.


ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA
DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN
KASIH GURU AKAN MURIDNYA
MASA DAN TENAGA RELA KORBANKAN


BAIKLAH HADIRIN HADIRAT SEKALIAN
MAJLIS KINI MENJEMPUT _______________________________________________UNTUK MENGETUAI BACAAN IKRAR GURU..MOHON PARA GURU BERDIRI…DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN OLEH PARA GURU NYANYIAN
LAGU GURU MALAYSIA.

DENGAN BERAKHIRNYA NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI…UNTUK MENERUSKAN ACARA YANG PALING DINANTI-NANTIKAN OLEH PARA GURU DAN MURID IAITU ACARA SUKANEKA…SAYA SERAHKAN MAJLIS KEPADA _________________________________

********
PENUTUP

AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SK SUNGAI ROKAM  KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI…..

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KPD SEMUA GURU UTK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG…SEMOGA BENIH2 KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKANTERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK...INSYAALLAH…MUDAH MUDAHAN…

AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU…..


TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT

Teks MC Bulan Penutup Koko

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Pn.Hjh Rafiah bt. Abd Razak Guru Besar Sk Sg Rokam serta Penolong-penolong Kanan Sk Sg Rokam.

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Hadirin diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.


Yang Berusaha Pn. Hjh. Rafiah bt. Abd Razak,
Guru Besar Sk Sungai Rokam

Pn. Sabariah bt. Samsudin
Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Fatimah Zaharah bt. Ghazalli
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tn. Hj Ab. Rahman b. Ariffin
Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Hjh. Ainun Nur bt. Abdul Rahman
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Tn. Hj. Zafian bt. Kasim
Penolong Kanan Petang

Guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. 
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Penutup Bulan Kokurikulum bagi tahun 2012. Untuk makluman hadirin sekalian pelbagai pengisian atau aktiviti sepanjang kempen Bulan Kokurikulum ini telah diadakan di mana ia melibatkan 2 unit utama dalam bidang kokurikulum iaitu unit Kelab & Persatuan dan juga unit Sukan & Permainan. Dengan adanya pengisian aktiviti atau program seperti ini diharapkan Sk Sg Rokam dapat melahirkan murid-murid yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang  dari aspek sahsiah, ketrampilan diri, juga kehebatan bergiat aktif dalam bidang sukan. 

Tanpa melengahkan masa yang semakin berdetik kita mula dan memuliakan majlis, dengan sama-sama menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Shahril Anuar B Sahabudin untuk memimpin bacaan  doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Shahril Anuar B Sahabudin atas bacaan doa sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini tibalah kita ke upacara yang dinantikan iaitu ucapan perasmian penutupan Bulan Kokurikulum bagi tahun 2012 oleh Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt Abd Razak Guru Besar Sk Sg Rokam. Untuk itu Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt. Abd Razak, atas kesudian menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan penutupan Bulan Kokurikulum bagi tahun 2012 sebentar tadi.

Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Sekarang marilah kita saksikan persembahan______________________________________
_____________________________________________________________________

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Kini, kita teruskan majlis dengan acara penyampaian hadiah bagi murid Tahap 1. Untuk  menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt. Abd Razak Guru Besar Sk Sungai Rokam untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah memenangi acara yang dipertandingkan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt Abd Razak  atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.


Bagi menghangatkan lagi suasana pada pagi ini majlis diteruskan lagi dengan persembahan___________________________________________________________  Untuk itu majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Hadirin sekalian, kita teruskan dengan acara penyampaian hadiah yang berikutnya bagi murid Tahap 2. Dengan itu dijemput_______________________________________________
untuk menyampaikan hadiah tersebut.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada __________________________________
untuk sesi penyampaian hadiah itu tadi.

Seterusnya, adalah penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum 2012.
Bagi menyempurnakan penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum 2012 dijemput sekali lagi Yang Berusaha Guru Besar Sk Sg Rokam Pn. Hjh Rafiah bt Abd Razak untuk menyampaikan anugerah tersebut. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

 Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum  itu tadi maka kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
         Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Moga  berjumpa lagi di lain hari.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Penutup Bulan Kokurikulum merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telibat dan memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang mengacarakan majlis.

Sebelum bersurai, marilah kita berhibur terlebih dahulu dengan persembahan _____________

___________________________________________________________________


Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 


Teks MC Ladap

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM LADAP 3 2013 – Bank Islam – Pendidikan Kewangan
                                              Yapeim – Keluarga & Kerjaya – Ust. Haji Basri B. Abdullah
                                               Maip – Taklimat Zakat & Kaunter                                    
TARIKH : 23 Februari 2013
HARI: SABTU
MASA: 8.00- 12.30 TGH

(1)
Assalamualaikum  wbt dan Salam Satu Malaysia

{Yang Berusaha, Pn Hajah Rafiah Bt Abd Razak, Guru Besar Sk Sungai Rokam}

{Yang dihormati, penceramah-penceramah jemputan}

{Yang Berusaha Pn Sabariah Bt. Samsuddin, Penolong Kanan Pentadbiran}

{ Pn Fatimah Zaharah Bt. Ghazalli, Penolong Kanan HEM}

{Tuan Hj. Ab Rahman B. Ariffin, Penolong Kanan Ko kurikulum}

{Tuan Hj. Zafian Bt. Kasim, Penolong Kanan Petang}

{Pn Hajah Ainun Nur Bt. Abdul Rahman, Penolong Kanan Pendidikan Khas}

Guru- guru yang dikasihi sekalian.


Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya  maka kita diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali ke 3 bagi tahun 2013 yang memfokuskan kepada tajuk kewangan, zakat, keluarga dan kerjaya.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput  Ustaz Ahmad Faiz B. Murad untuk bacaan doa.

DOA………………………………..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Faiz atas bacaan doa sebentar tadi.

Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kebaikan sekalian. Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari Sabtu dan berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul di dalam minda ketika ini.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan para penceramah dan pemudah cara program Ladap guru Sk Sungai Rokam, buat kesekian kalinya ini. Terima kasih atas kesudian tuan untuk menyampaikan ilmu kepada tenaga pengajar di sini di mana barangkali dapat dijadikan panduan dan pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa Allah.

Hadirin sekalian,

Ingin juga saya titipkan di sini untuk penceramah dan juga guru-guru Sk Sungai Rokam tentang objektif Ladap diadakan. Selain kita dapat menjana gaya berfikir untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatannya Ladap ini juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan dalam menjalankan tugas. Selain itu, program ladap ini juga dapat membantu setiap staf membina keyakinan diri dalam bidang tugas masing-masing serta mempertingkatkan budaya kerja yang mantap. Mudah-mudahan dengan ilmu yang diperolehi dalam program hari ini dapat diselitkan dalam minda kita demi kebaikan bersama.

Tanpa melengahkan masa lagi, untuk Slot Ladap yang pertama dijemput tuan  ________________________
Untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Hadirin sekalian,
Majlis akan berhenti rehat sebentar selama 15 minit.
Tuan-tuan dan puan-puan diminta masuk semula ke dewan pada pukul 10.45 untuk meneruskan Slot Ladap yang kedua.

REHAT


Slot 2-
……………………………………………………………………

Slot 3
…………………………………………………………………….

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan, para pentadbir dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini. Mohon izinkan saya sekali lagi mengakhiri majlis pada hari ini dengan serangkap pantun.

Guru cemerlang guru penyayang
Penuh sopan juga terbilang
Mari menjamah jamuan terhidang
Selesai makan jom kita pulang.

Sekian. Wassalamualaikum wbt.





Teks MC Mesy PIBG

Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat
Seribu tahun menjadi hikmat

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Perak Aman Jaya.

Yang Berusaha Pn. Hjh Nafzah Bt Mohd Noor
Guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam  dan barisan pentadbir.

Yang Berusaha  Yang Dipertua PIBG SK Sg. Rokam, Ir. Mohd Nasharuddin b. Hashim dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG Sk Sg. Rokam sesi 2011.

Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian.

Pada petang yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 Sekolah Kebangsaan Sg. Rokam.

Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya…kalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Muhammad Rizal B. Ismail untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Rizal B. Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

Majlis pada petang ini dimulakan dengan rasa berbesar hati mempersilakan YDP PIBG Sk Sg. Rokam iaitu Ir. Mohd Nasharuddin b. Hashim untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh YDP PIBG Sk Sg. Rokam iaitu Ir. Mohd Nasharuddin b. Hashim. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput  Yang Berusaha Guru Besar Sk Sg Rokam Pn. Hjh Nahzah Bt. Mohd Noor  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh menjemput  Yang Berusaha Guru Besar Sk Sg Rokam Pn. Hjh Nahzah Bt. Mohd Noor . Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

*ENDING*                              Kalau ada jarum yang patah,
                                                     Jangan di simpan di dalam peti,
                                                     Kalau ada khilaf dan salah,
                                                     Jangan disimpan di dalam hati.

Kini selesai sudah Majlis Mesyuarat Agung PIBG Sk Sg. Rokam kali ke-36. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan ahli jawatankuasa PIBG dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput para tetamu jemputan diiringi Puan Guru Besar, Yang Berusaha Pn. Hjh Nafzah Bt. Mohd Noor, untuk menikmati juadah yang disediakan di Kantin Sekolah.

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.