Thursday, 18 September 2014

Teks MC Ladap

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM LADAP 3 2013 – Bank Islam – Pendidikan Kewangan
                                              Yapeim – Keluarga & Kerjaya – Ust. Haji Basri B. Abdullah
                                               Maip – Taklimat Zakat & Kaunter                                    
TARIKH : 23 Februari 2013
HARI: SABTU
MASA: 8.00- 12.30 TGH

(1)
Assalamualaikum  wbt dan Salam Satu Malaysia

{Yang Berusaha, Pn Hajah Rafiah Bt Abd Razak, Guru Besar Sk Sungai Rokam}

{Yang dihormati, penceramah-penceramah jemputan}

{Yang Berusaha Pn Sabariah Bt. Samsuddin, Penolong Kanan Pentadbiran}

{ Pn Fatimah Zaharah Bt. Ghazalli, Penolong Kanan HEM}

{Tuan Hj. Ab Rahman B. Ariffin, Penolong Kanan Ko kurikulum}

{Tuan Hj. Zafian Bt. Kasim, Penolong Kanan Petang}

{Pn Hajah Ainun Nur Bt. Abdul Rahman, Penolong Kanan Pendidikan Khas}

Guru- guru yang dikasihi sekalian.


Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya  maka kita diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali ke 3 bagi tahun 2013 yang memfokuskan kepada tajuk kewangan, zakat, keluarga dan kerjaya.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput  Ustaz Ahmad Faiz B. Murad untuk bacaan doa.

DOA………………………………..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Faiz atas bacaan doa sebentar tadi.

Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kebaikan sekalian. Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari Sabtu dan berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul di dalam minda ketika ini.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan para penceramah dan pemudah cara program Ladap guru Sk Sungai Rokam, buat kesekian kalinya ini. Terima kasih atas kesudian tuan untuk menyampaikan ilmu kepada tenaga pengajar di sini di mana barangkali dapat dijadikan panduan dan pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa Allah.

Hadirin sekalian,

Ingin juga saya titipkan di sini untuk penceramah dan juga guru-guru Sk Sungai Rokam tentang objektif Ladap diadakan. Selain kita dapat menjana gaya berfikir untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatannya Ladap ini juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan dalam menjalankan tugas. Selain itu, program ladap ini juga dapat membantu setiap staf membina keyakinan diri dalam bidang tugas masing-masing serta mempertingkatkan budaya kerja yang mantap. Mudah-mudahan dengan ilmu yang diperolehi dalam program hari ini dapat diselitkan dalam minda kita demi kebaikan bersama.

Tanpa melengahkan masa lagi, untuk Slot Ladap yang pertama dijemput tuan  ________________________
Untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Hadirin sekalian,
Majlis akan berhenti rehat sebentar selama 15 minit.
Tuan-tuan dan puan-puan diminta masuk semula ke dewan pada pukul 10.45 untuk meneruskan Slot Ladap yang kedua.

REHAT


Slot 2-
……………………………………………………………………

Slot 3
…………………………………………………………………….

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan, para pentadbir dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini. Mohon izinkan saya sekali lagi mengakhiri majlis pada hari ini dengan serangkap pantun.

Guru cemerlang guru penyayang
Penuh sopan juga terbilang
Mari menjamah jamuan terhidang
Selesai makan jom kita pulang.

Sekian. Wassalamualaikum wbt.





No comments:

Post a Comment