Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha Pn.Hjh Rafiah bt. Abd
Razak Guru Besar Sk Sg Rokam serta Penolong-penolong Kanan Sk Sg Rokam.
Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Hadirin diminta berdiri.
Hadirin dipersilakan duduk.
Yang Berusaha Pn. Hjh. Rafiah bt. Abd Razak,
Guru Besar Sk Sungai Rokam
Pn. Sabariah bt. Samsudin
Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Fatimah Zaharah bt. Ghazalli
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tn. Hj Ab. Rahman b. Ariffin
Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Hjh. Ainun Nur bt. Abdul Rahman
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Tn. Hj. Zafian bt. Kasim
Penolong Kanan Petang
Guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang
dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke
hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan
sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Penutup Bulan Kokurikulum
bagi tahun 2012. Untuk makluman hadirin sekalian pelbagai pengisian atau
aktiviti sepanjang kempen Bulan Kokurikulum ini telah diadakan di mana ia
melibatkan 2 unit utama dalam bidang kokurikulum iaitu unit Kelab &
Persatuan dan juga unit Sukan & Permainan. Dengan adanya pengisian aktiviti
atau program seperti ini diharapkan Sk Sg Rokam dapat melahirkan murid-murid
yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang dari aspek sahsiah, ketrampilan diri, juga
kehebatan bergiat aktif dalam bidang sukan.
Tanpa melengahkan masa
yang semakin berdetik kita mula dan memuliakan majlis, dengan sama-sama menadah
tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz
Shahril Anuar B Sahabudin untuk memimpin bacaan doa.
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Shahril Anuar B Sahabudin atas bacaan doa sebentar tadi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Kini tibalah kita ke upacara yang dinantikan iaitu ucapan perasmian
penutupan Bulan Kokurikulum bagi tahun 2012 oleh Yang Berusaha Pn. Hjh
Rafiah bt Abd Razak Guru Besar Sk Sg Rokam. Untuk itu Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt. Abd Razak, atas kesudian menyampaikan ucapan sekaligus
merasmikan penutupan Bulan Kokurikulum bagi tahun 2012 sebentar tadi.
Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat
sejarah
Untuk tuan kami sembahkan
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Sekarang marilah kita
saksikan persembahan______________________________________
_____________________________________________________________________
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Kini, kita teruskan
majlis dengan acara penyampaian hadiah bagi murid Tahap 1. Untuk menyempurnakan upacara ini, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt. Abd Razak Guru Besar Sk Sungai Rokam untuk menyampaikan
hadiah kepada murid-murid yang telah memenangi acara yang dipertandingkan.
Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt Abd
Razak atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah
sebentar tadi.
Bagi menghangatkan
lagi suasana pada pagi ini majlis diteruskan lagi dengan persembahan___________________________________________________________
Untuk itu majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan
ribuan terima kasih.
Hadirin sekalian, kita
teruskan dengan acara penyampaian hadiah yang berikutnya bagi murid Tahap 2.
Dengan itu dijemput_______________________________________________
untuk menyampaikan
hadiah tersebut.
Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada __________________________________
untuk sesi penyampaian
hadiah itu tadi.
Seterusnya, adalah
penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum 2012.
Bagi menyempurnakan
penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum 2012 dijemput sekali lagi Yang Berusaha
Guru Besar Sk Sg Rokam Pn. Hjh Rafiah bt Abd Razak untuk menyampaikan anugerah
tersebut. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih.
Hadirin sekalian, dengan berakhirnya
penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum itu tadi maka kita telah pun berada di
penghujung acara
Gugur menguning buah
kuini,
Menghijau pohon subur
dibaja,
Majlis kita berakhir di
sini,
Salah dan silap lupakan
saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat
dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Moga
berjumpa lagi di lain hari.
Kami
bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Penutup Bulan Kokurikulum merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang telibat dan memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang mengacarakan majlis.
Sebelum bersurai,
marilah kita berhibur terlebih dahulu dengan persembahan _____________
___________________________________________________________________
Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
No comments:
Post a Comment