Sepanjang aku dan famili berada di sana keadaan cuaca tidak menyebelahi kami...Sepanjang hari hujan dan lansung tak kelihatan kelibat si matahari...
Selama 4 hari kami berada di Langkawi tak banyak tempat yang kami boleh pergi dengan keadaan cuaca yang tidak seronok dan membataskan kaki kami untuk berjalan sakan...Tempat yang boleh kami pergi pun tempat yang lebih tertutup dan terlindung dari terkena basahnya air hujan kan...Beberapa tempat yang kami sempat pergi ialah Beras Terbakar, Pantai Pasir Hitam, Makam Mahsuri, Cable Car, Dataran Lang, Taman Lagenda, Wildlife Bird Park, Underwater World...
Sebenarnya banyak tempat yang boleh dilawati di Langkawi ni...Maklum la pulau yang banyak meninggalkan tinggalan sejarah, mitos dan legenda...Boleh google kat link ni http://www.pulaulangkawi.com.my/p/tempat-menarik.html
With my niece kat sini.....;) |
Makam Mahsuri |
Dataran Lang |
Cable Car |
Wildlife Bird Park |
Pantai Pasir Hitam |
Haaaa....kat atas tu antara gambar-gambar yang sempat di ambil masa pergi jenjalan tu...Bila dah penat jalan-jalan mesti perut pun lapar kan...Memang kalau orang yang tak pernah jejakkan kaki ke pulau lagenda ni mesti kurang arif nak cari tempat makan yang best dekat sini...Kat sini aku share antara tempat makan yang selalu dikunjungi pelancong dan masyarakat tempatan...
Kalau nak makan malam tempat yang paling femes dan ramai orang datang kat Restoran Haji Ramli...Restoran ni berdekatan dengan Pantai Cenang...Memang ramai giler orang yang datang menikmati makan malam kat sini...Ada seafood...boleh pilih ikan,sotong atau mcm2 makanan laut untuk dibakar...Besssttttttt...;)
Untuk makan tengahari pulak kami makan di kedai HBL ni...Dekat sini macam2 lauk ada...Masakan ala kampung...kedai ni berdekatan dengan Maybank kat pekan Kuah...dekat dengan Haji Ismail Group kalau siapa2 yang selalu shopping coklat...lauk-lauk pun boleh tahan sedap jugak la...memang menambat selera tekak aku ni....hehehe...
Untuk makan petang dan lepak-lepak santai boleh la singgah kat area Lapangan terbang padang Matsirat ni...ada banyak gerai2 di tepi2 jalan betul2 sepanjang pantai...Sape yang suka makan laksa macam aku yang mmg hantu laksa boleh la singgah sini...Laksa Kaw Ikan Sekoq...Gerai ni adik aku yang suggest...Memang mabeles la layan laksa...minum cendol tepi pantai sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa...hehehehe...sangat2 awesomeeeeee!!!!
Dah cerita pasal tempat makan and last thing yang memang wajib dibuat bila datang kat Langkawi ni ialah SHOPPINGGGGGGGG!!! and of course la shopping chocolate...Langkawi kan syurga coklat...boleh borong coklat dengan harga yang murah...Siapa2 yang suka kumpul dan beli pinggan mangkuk sesuai sangat la korang shopping kat sini sebab harganya yang murah berbanding di mall yang biasa kita pergi...
Sampai sini saje corat coret aku tentang jalan2 ke Pulau Langkawi pulau lagenda...so sape2 yang nak bercuti tu bolehlah jadikan Langkawi sebagai destinasi percutian korang...memang heaven...memang mabeles....Adioooossssssss!!!!!
Best Casinos in NY - Mapyro
ReplyDeleteFind the 태백 출장샵 best casinos in NY including all the 논산 출장마사지 top NY casino sites and slots apps. Explore your favorite New York casinos 경상남도 출장샵 in 2021.Are there any 충주 출장샵 casinos in New York?What are the best casino 구리 출장샵 sites in NY?