Kebetulan berada di KL aku memanjangkan langkah sehingga ke Shah Alam...teringat zaman2 belajar masa kat UiTM dulu...Bayangkan setelah 5 tahun meninggalkan Shah Alam terlalu banyak perubahan yang berlaku...i-City, Jakel dan mcm2 lagi bangunan yang telah berdiri tegak kat area Seksyen 7 btl2 belakang Uitm tu....walawehhhhhh...mabeles sgt2...heheheh...
Tapi kat sini aku bukan nak cite pasal zaman study kat uitm tapi nak cite pasal jalan2 cari makan...heheheh...Dah terlanjur ke Shah Alam ni...disebabkan adik aku teringin nak makan nasi arab so aku bawak dia pegi Seksyen 7...Kat sini ada 1 kedai nasi arab yang sangat popular di kalangan student malah penduduk tempatan...D'arab Cafe....kedainya btl2 terletak di belakang bangunan Unisel...masakan mmg sedap sangat...macam2 jenis menu masakan arab yang dijual di sini...So siapa2 yang berkunjung ke Shah Alam dan teringin nak makan nasi arab bolehlah berkunjung ke kedai D'arab Cafe ni...memang tidak mengecewakan...;) Korang boleh jgk tgk entri pembaca bloglain yang banyak dah share ttg D'arab cafe ni...;)
Aku bukanlah orang yang hebat tapi aku mahu belajar menjadi orang yang hebat...Aku adalah orang biasa tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa...Dan aku bukanlah orang yang istimewa tapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa...
Saturday, 20 September 2014
D'arab Cafe
Thursday, 18 September 2014
Teks MC Jamuan Akhir Tahun
TEKS
PENGACARA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN SKSR 2013
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
INDAH NIAN MALAM INI
WARGA SK SG ROKAM BERSERI-SERI
JAMUAN AKHIR TAHUN SAMA DIRAI
KITA MULAKAN DENGAN CERIA DI HATI
MERAH DAN HITAM MENAWAN SEKALI
TEMA JAMUAN MALAM INI
JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERPISAHAN KITA MULAI
MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA…
YG BERUSAHA PN HAJAH RAFIAH BINTI ABD RAZAK ,GURU BESAR SK SUNGAI ROKAM
YANG DIHORMATI

IR. NASARUDDIN BIN..........................
YDP PIBG SK SG ROKAM
PN SABARIAH BINTI SAMSUDDIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PN FATIMAH ZAHARAH BINTI GHAZALI,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
TN HJ AB RAHMAN BIN ARIFFIN
PN SABARIAH BINTI SAMSUDDIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PN FATIMAH ZAHARAH BINTI GHAZALI,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
TN HJ AB RAHMAN BIN ARIFFIN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
TN HJ ZAFIAN BIN KASSIM
PENOLONG KANAN PETANG
YANG DIRAIKAN
PN HJH AINUN NUR BINTI ABDUL RAHMAN
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
.....................................................................
.....................................................................
.....................................................................
RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SK SG ROKAM
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YG DIKASIHI SEKALIAN…
ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA DIMALAM YG BERBAHAGIA DAN PENUH INDAH INI, KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERPISAHAN 2013.
HADIRIN SEKALIAN…
TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN,BUKAN SAHAJA UNTUK MAJLIS MAKAN-MAKAN ,IA JUGA MENJADI MEDAN TERAKHIR BAGI KITA UNTUK BERAMAH MESRA SESAMA KITA, DEMI MEMPERERATKAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN SETELAH BERPENAT LELAH DENGAN PENGLIBATAN DLM PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPANJANG TAHUN 2013.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN
***BACAAN DOA***
***BACAAN DOA***
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MENJELANG RAYA MENCARI BULUH
BULUH DICARI DI HUTAN SEPI
ANGKAT TANGAN JARI SEPULUH
MEMOHON DOA MAJLIS DIBERKATI
BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA MLM INI,,DIPERSILAKAN USTAZ............................................... UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ...........................................ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
***PARA HADIRIN SEKALIAN***

***UCAPAN YDP PIBG***
TANPA MELENGAHKAN MASA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN IR.
NASARUDDIN BIN.........................YDP PIBG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN TERIMA KASIH KEPADA YDP PIBG IR. NASARUDDIN
BIN...................ATAS UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI.
SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT, PUAN JAMALIAH BINTI IBRAHIM SELAKU PENGERUSI KELAB BALKIS SK SG ROKAM 2013 UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN JAMALIAH BINTI IBRAHIM.
***UCAPAN YANG DIRAIKAN***
***UCAPAN GURU BESAR***
MAJLIS SETERUSNYA, DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, PN HAJAH RAFIAH BINTI ABD RAZAK UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN GURU BESAR.
***PERSEMBAHAN DAN JAMUAN MAKAN***
PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA
SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU
HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT………………………………………UNTUK MENYAMPAIKAN LAGU………………………...DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT ……………………………………………………………………………………………………………DIPERSILAKAN.
SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN NYAYIAN DARIPADA …………………………………………………..MAJLIS DENGAN SUKACITANYA DIPERSILAKAN.
KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN………………………………………………….DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
***PENUTUP***
HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA CABUTAN BERTUAH /PERSEMBAHAN ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.
JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA CABUTAN BERTUAH /PERSEMBAHAN ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.
JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
INI SEKADAR PENGHIBUR SAJA
MENJADI KENANGAN YANG ABADI
SEMOGA PERSAHABATAN LEBIH TERSIMPUL RAPI.
UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
DI 31 DIS MERYUARAT GURU PERTAMA KALI.
.TERIMA KASIH.SEKIAN
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

Teks MC Hari Guru
TEKS UCAPAN MC SEMPENA HARI GURU 2012
MURID-MURID SEKALIAN,MARILAH SAMA2
KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SK SUNGAI ROKAM.
ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT
TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN
SAMA KATA SAMA SEPAKAT
HARI GURU MARI RAIKAN.
JALAN KE DARAT BERPILIN-PILIN
CUACA REDUP MENAWAN DUKA
GURU IBARAT CAHAYA LILIN
MENYULUH HIDUP TIAP KETIKA.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA…DAN SALAM SATU MALAYSIA
YANG DIHORMATI
PN SABARIAH BT SAMSUDIN, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK SUNGAI ROKAM
PN FATIMAH ZAHARAH BT GHAZALI, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
TUAN HAJI ABDUL RAHMAN B. ARIFFIN, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PN HAJAH AINUN NUR BT ABDUL RAHMAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
RAKAN-RAKAN GURU-GURU, STAF-STAF SOKONGAN SERTA MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN.
ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN SYUKUR KE HADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA JUA MAKA KITA DIBERIKAN LUANGAN WAKTU DAN KESEMPATAN UNTUK KITA SAMA-SAMA BERKUMPUL PADA PAGI YANG GEMILANG INI BAGI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2012. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA TEMA HARI GURU PADA TAHUN INI IALAH GURU INOVATIF MELONJAK TRANSFORMASI NEGARA.
HADIRIN-HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,
SAMBUTAN HARI GURU MERUPAKAN SATU PENGIKTIRAFAN BUAT KITA YANG BERGELAR ’CIKGU’..SEMOGA DENGAN PENGIKTIRAFAN INI DAPAT MENYEMARAKKAN LAGI ILTIZAM DAN TEKAD SERTA IKHTIAR DALAM USAHA KITA MENJANA DAN MENGANGKAT MARTABAT PROFESION KEGURUAN SEBAGAI PROFESION YANG DIPANDANG TINGGI SEMURNI TUGAS SEORANG GURU.

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN _________________________ UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA.DIPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA__________________________________________DIATAS BACAAN DOA ITU TADI.

ANAK KECIL PERGI BERBURU
TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA
DARI KECIL DI ASUH GURU
AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.
TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA
DARI KECIL DI ASUH GURU
AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.
**** MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN
PEMBACAAN PERUTUSAN………………………………..YANG AKAN DISAMPAIKAN
OLEH……………….....................................DENGAN SEGALA HORMATNYA
DIPERSILAKAN.
PARA GURU DAN MURID SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT KETUA MURID SK SUNGAI ROKAM SAUDARI________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI _______________________________ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN
KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT
HARGAIKU SEPANJANG ZAMAN
AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.
HADIRIN SEKALIAN

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN
MEMPERSILAKAN _________________________________________GURU BESAR SK SUNGAI
ROKAM BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU. DIPERSILAKAN
TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA PUAN GURU BESAR DI ATAS UCAPAN ITU TADI.
DI MANA ADA KEMAHUAN
DI SITU ADA JALAN
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.
ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA
DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN
KASIH GURU AKAN MURIDNYA
MASA DAN TENAGA RELA KORBANKAN
BAIKLAH HADIRIN HADIRAT SEKALIAN

MAJLIS KINI MENJEMPUT
_______________________________________________UNTUK MENGETUAI BACAAN IKRAR
GURU..MOHON PARA GURU BERDIRI…DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN OLEH
PARA GURU NYANYIAN
LAGU GURU MALAYSIA.
LAGU GURU MALAYSIA.
DENGAN BERAKHIRNYA NYANYIAN LAGU
GURU MALAYSIA ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI…UNTUK
MENERUSKAN ACARA YANG PALING DINANTI-NANTIKAN OLEH PARA GURU DAN MURID IAITU
ACARA SUKANEKA…SAYA SERAHKAN MAJLIS KEPADA _________________________________
********
PENUTUP
AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SK SUNGAI ROKAM KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI…..
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KPD SEMUA GURU UTK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG…SEMOGA BENIH2 KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKANTERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK...INSYAALLAH…MUDAH MUDAHAN…
AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU…..

TERIMA KASIH.SEKIAN
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT
Teks MC Bulan Penutup Koko
Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha Pn.Hjh Rafiah bt. Abd
Razak Guru Besar Sk Sg Rokam serta Penolong-penolong Kanan Sk Sg Rokam.
Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Hadirin diminta berdiri.
Hadirin dipersilakan duduk.
Yang Berusaha Pn. Hjh. Rafiah bt. Abd Razak,
Guru Besar Sk Sungai Rokam
Pn. Sabariah bt. Samsudin
Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Fatimah Zaharah bt. Ghazalli
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tn. Hj Ab. Rahman b. Ariffin
Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Hjh. Ainun Nur bt. Abdul Rahman
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Tn. Hj. Zafian bt. Kasim
Penolong Kanan Petang
Guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang
dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke
hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan
sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Penutup Bulan Kokurikulum
bagi tahun 2012. Untuk makluman hadirin sekalian pelbagai pengisian atau
aktiviti sepanjang kempen Bulan Kokurikulum ini telah diadakan di mana ia
melibatkan 2 unit utama dalam bidang kokurikulum iaitu unit Kelab &
Persatuan dan juga unit Sukan & Permainan. Dengan adanya pengisian aktiviti
atau program seperti ini diharapkan Sk Sg Rokam dapat melahirkan murid-murid
yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang dari aspek sahsiah, ketrampilan diri, juga
kehebatan bergiat aktif dalam bidang sukan.
Tanpa melengahkan masa
yang semakin berdetik kita mula dan memuliakan majlis, dengan sama-sama menadah
tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz
Shahril Anuar B Sahabudin untuk memimpin bacaan doa.
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Shahril Anuar B Sahabudin atas bacaan doa sebentar tadi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Kini tibalah kita ke upacara yang dinantikan iaitu ucapan perasmian
penutupan Bulan Kokurikulum bagi tahun 2012 oleh Yang Berusaha Pn. Hjh
Rafiah bt Abd Razak Guru Besar Sk Sg Rokam. Untuk itu Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt. Abd Razak, atas kesudian menyampaikan ucapan sekaligus
merasmikan penutupan Bulan Kokurikulum bagi tahun 2012 sebentar tadi.
Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat
sejarah
Untuk tuan kami sembahkan
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Sekarang marilah kita
saksikan persembahan______________________________________
_____________________________________________________________________
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Kini, kita teruskan
majlis dengan acara penyampaian hadiah bagi murid Tahap 1. Untuk menyempurnakan upacara ini, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt. Abd Razak Guru Besar Sk Sungai Rokam untuk menyampaikan
hadiah kepada murid-murid yang telah memenangi acara yang dipertandingkan.
Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt Abd
Razak atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah
sebentar tadi.
Bagi menghangatkan
lagi suasana pada pagi ini majlis diteruskan lagi dengan persembahan___________________________________________________________
Untuk itu majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan
ribuan terima kasih.
Hadirin sekalian, kita
teruskan dengan acara penyampaian hadiah yang berikutnya bagi murid Tahap 2.
Dengan itu dijemput_______________________________________________
untuk menyampaikan
hadiah tersebut.
Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada __________________________________
untuk sesi penyampaian
hadiah itu tadi.
Seterusnya, adalah
penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum 2012.
Bagi menyempurnakan
penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum 2012 dijemput sekali lagi Yang Berusaha
Guru Besar Sk Sg Rokam Pn. Hjh Rafiah bt Abd Razak untuk menyampaikan anugerah
tersebut. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih.
Hadirin sekalian, dengan berakhirnya
penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum itu tadi maka kita telah pun berada di
penghujung acara
Gugur menguning buah
kuini,
Menghijau pohon subur
dibaja,
Majlis kita berakhir di
sini,
Salah dan silap lupakan
saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat
dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Moga
berjumpa lagi di lain hari.
Kami
bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Penutup Bulan Kokurikulum merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang telibat dan memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang mengacarakan majlis.
Sebelum bersurai,
marilah kita berhibur terlebih dahulu dengan persembahan _____________
___________________________________________________________________
Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Teks MC Ladap
TEKS PENGACARA MAJLIS
PROGRAM LADAP 3 2013 –
Bank Islam – Pendidikan Kewangan
Yapeim – Keluarga & Kerjaya –
Ust. Haji Basri B. Abdullah
Maip – Taklimat Zakat
& Kaunter
TARIKH : 23 Februari 2013
HARI: SABTU
MASA: 8.00- 12.30 TGH
(1)
Assalamualaikum wbt dan
Salam Satu Malaysia
{Yang Berusaha, Pn Hajah Rafiah Bt Abd
Razak, Guru Besar Sk Sungai Rokam}
{Yang dihormati, penceramah-penceramah
jemputan}
{Yang Berusaha Pn Sabariah Bt.
Samsuddin, Penolong Kanan Pentadbiran}
{ Pn Fatimah Zaharah Bt. Ghazalli,
Penolong Kanan HEM}
{Tuan Hj. Ab Rahman B. Ariffin,
Penolong Kanan Ko kurikulum}
{Tuan Hj. Zafian Bt. Kasim, Penolong
Kanan Petang}
{Pn Hajah Ainun Nur Bt. Abdul Rahman,
Penolong Kanan Pendidikan Khas}
Guru- guru yang dikasihi sekalian.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya maka kita
diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan
kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan
program LADAP kali ke 3 bagi tahun 2013 yang memfokuskan kepada tajuk kewangan,
zakat, keluarga dan kerjaya.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Untuk memberkati majlis pada pagi ini,
dengan segala hormatnya dijemput Ustaz
Ahmad Faiz B. Murad untuk bacaan doa.
DOA………………………………..
Majlis merakamkan ribuan terima kasih
kepada Ustaz Ahmad Faiz atas bacaan doa sebentar tadi.
Marilah kita mengikhlaskan kehadiran
kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kebaikan sekalian. Tahniah kepada
tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari Sabtu dan
berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul di dalam minda ketika ini.
Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan
kedatangan para penceramah dan pemudah cara program Ladap guru Sk Sungai Rokam,
buat kesekian kalinya ini. Terima kasih atas kesudian tuan untuk menyampaikan
ilmu kepada tenaga pengajar di sini di mana barangkali dapat dijadikan panduan
dan pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa Allah.
Hadirin sekalian,
Ingin juga saya titipkan di sini untuk
penceramah dan juga guru-guru Sk Sungai Rokam tentang objektif Ladap diadakan.
Selain kita dapat menjana gaya berfikir untuk meningkatkan mutu perkhidmatan,
Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatannya Ladap ini juga dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan dalam menjalankan tugas. Selain itu,
program ladap ini juga dapat membantu setiap staf membina keyakinan diri dalam
bidang tugas masing-masing serta mempertingkatkan budaya kerja yang mantap.
Mudah-mudahan dengan ilmu yang diperolehi dalam program hari ini dapat
diselitkan dalam minda kita demi kebaikan bersama.
Tanpa melengahkan masa lagi, untuk
Slot Ladap yang pertama dijemput tuan
________________________
Untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih.
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.
Hadirin sekalian,
Majlis akan berhenti rehat sebentar
selama 15 minit.
Tuan-tuan dan puan-puan diminta masuk
semula ke dewan pada pukul 10.45 untuk meneruskan Slot Ladap yang kedua.
REHAT
Slot 2-
……………………………………………………………………
Slot 3
…………………………………………………………………….
Syabas
cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap
kali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.
Majlis kita telah
sampai ke penghujungnya. Majlis
mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan, para pentadbir dan semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini. Mohon izinkan saya
sekali lagi mengakhiri majlis pada hari ini dengan serangkap pantun.
Guru cemerlang guru penyayang
Penuh sopan juga terbilang
Mari menjamah jamuan terhidang
Selesai makan jom kita pulang.
Sekian. Wassalamualaikum wbt.
Teks MC Mesy PIBG
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat
Seribu tahun menjadi hikmat
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Perak Aman Jaya.
Yang Berusaha Pn. Hjh Nafzah Bt Mohd Noor
Guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam dan barisan pentadbir.
Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG SK Sg. Rokam, Ir. Mohd Nasharuddin b. Hashim dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG Sk Sg. Rokam sesi 2011.
Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian.
Pada petang yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 Sekolah Kebangsaan Sg. Rokam.
Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya…kalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Muhammad Rizal B. Ismail untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Rizal B. Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Majlis pada petang ini dimulakan dengan rasa berbesar hati mempersilakan YDP PIBG Sk Sg. Rokam iaitu Ir. Mohd Nasharuddin b. Hashim untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan oleh YDP PIBG Sk Sg. Rokam iaitu Ir. Mohd Nasharuddin b. Hashim. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Guru Besar Sk Sg Rokam Pn. Hjh Nahzah Bt. Mohd Noor untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Demikian tadi ucapan oleh menjemput Yang Berusaha Guru Besar Sk Sg Rokam Pn. Hjh Nahzah Bt. Mohd Noor . Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
*ENDING* Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada khilaf dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Kini selesai sudah Majlis Mesyuarat Agung PIBG Sk Sg. Rokam kali ke-36. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan ahli jawatankuasa PIBG dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.
Majlis dengan ini menjemput para tetamu jemputan diiringi Puan Guru Besar, Yang Berusaha Pn. Hjh Nafzah Bt. Mohd Noor, untuk menikmati juadah yang disediakan di Kantin Sekolah.
Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Teks Pengacara Majlis Konvo Prasekolah
Mengumumkan ketibaan
tetamu kehormat En. Mohd Yusof B. Hassandi
Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara diiringi oleh dif-dif kehormat.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.
Hadirin diminta berdiri.
Hadirin dipersilakan duduk.
Sebelum memulakan majlis, kami persembahkan
koir prasekolah untuk tatapan hadirin-hadirat sekalian dengan tajuk lagunya “Terima Kasih Cikgu”.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih untuk
pasukan koir prasekolah yang mengiringi nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Perak
dan persembahan koir “Terima Kasih Cikgu”. Persembahan koir itu tadi dibimbing
oleh Pn. Munirah bt. Othman.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Yang Berbahagia En. Mohd Yusof bin Hassandi
Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara
Yang Berusaha Pn. Hjh. Rafiah bt. Abd Razak,
Guru Besar Sk Sungai Rokam
Pn. Sabariah bt. Samsudin
Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Fatimah Zaharah bt. Ghazalli
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tn. Hj Ab. Rahman b. Ariffin
Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Hjh. Ainun Nur bt. Abdul Rahman
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Tn. Hj. Zafian bt. Kasim
Penolong Kanan Petang
Dif-dif kehormat, AJK PIBG, para ibu bapa,
guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke
hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan
sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Konvokesyen Prasekolah kali
ke 6 bagi tahun 2012. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia En. Mohd Yusof bin Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara kerana sudi
hadir dalam majlis Konvokesyen Prasekolah pada tahun ini. Selamat datang juga
diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga
dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.
Bagi memula dan
memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon
berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis
mempersilakan Al Fadhil Ustaz Jamaluddin b. Aliahumad untuk
memimpin bacaan doa.
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Jamaluddin b. Aliahumad atas bacaan doa sebentar tadi.
Tak molek, jika ada alu
tiada lesungnya
Tak berguna jika ada
dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis
jika tiada yang berbicara
Tirai ucapan pada pagi
ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam. Untuk
itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah
bt. Abd Razak, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt. Abd Razak, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar
tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Kini tibalah kita
kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak
adat, “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis dengan
penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia En. Mohd Yusof bin Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen Prasekolah kali ke-6 bagi tahun
2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia En. Mohd Yusof bin
Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara
atas ucapan serta perasmian majlis Konvokesyen Prasekolah sebentar tadi.
Dari Kedah pergi ke Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati
Dengan itu, majlis diteruskan dengan persembahan Tarian “Gummy
Bear” yang akan dipersembahkan oleh murid prasekolah Sk Sungai Rokam. Dengan
sukacitanya dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kumpulan Tarian “Gummy Bear” sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan tadi dibimbing
oleh Pn Azura bt. Yoeb.
Kini, tibalah kita ke
acara penyampaian sijil serta hadiah kepada murid-murid Prasekolah Sk Sungai
Rokam. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Yusof bin Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara, diiringi oleh Pn.
Hjh Rafiah bt. Abd Razak Guru Besar Sk Sungai Rokam untuk menyampaikan sijil
serta hadiah kepada murid-murid Prasekolah Sk Sungai Rokam.
***Untuk penerima
sijil Prasekolah Pendidikan Khas,
dijemput :
1. Muhammad El Harith
Hafiz b. Mohd El Arafat
2. Iqbal Hakeem b.
Mohd Jefry
3. Tan Jin Chen
4. Haikarl Syahmi b.
Husrul Nizam
5. Mohamad Azmarul
Hakimi b. Mohamad Aziznuddin
6. Syed Muhammad
Daniel b. Syed Norizan
7. Chuah Wen Hooi
***Seterusnya,
penerima sijil Prasekolah Lestari
Berdaya Saing Dan Berkeyakinan Tinggi
1. Mohamad Zam Nabil
b. Razaleh
2. Muhammad Safwan
Muaz b. Mohd Azmi
3. Muhammad Harraz
Haikal b. Kamarul Hisnan
4. Nor Adriana
Batrisya bt. Ahmad Syukri
5. Muhammad Asyraf b.
Zainuddin
Sahsiah Terpuji
1. Damia Hani bt Mohd
Firdaus
2. Nuraliya bt. Ismail
3. Nurul Fatihah bt.
Ismail
4. Muhammad Iman Hariz
b. Mohd Halil
Tulisan Cantik
1.Nur Solehah Najwani
bt. Mohd Diniah
2. Putri Nur Aleeya
bt. Badrul Hisham
3. Ummikalcum bt.
Hidayat
Berpakaian Kemas
1. Muhammad Nazrin
Adam b. Ben Rizmine
2. Muhammad Aqil
Darwisy b. Kamal Bahrain
3. Syafinaz bt. Razali
Pelajar Kreatif dan Inovasi
1. Nur Intisar bt.
Khairul Azman
2. Mohammad Firdaus
Iskandar b. Abdullah
3. Muhammad Hazim b.
Mohd Hatim
Seterusnya, penerima
sijil Prasekolah Annur
Berdaya Saing Dan Berkeyakinan Tinggi
1. Nurul Hannah Safia
bt. Saiful Amri
2. Muhammad Amir
Hakimi b. mohd Nizam
3. Norshireen Qistina
bt. Zariman
4. Muhammad Amir Afiq
b. Saidi
Sahsiah Terpuji
1. A’isy Naufal b.
Mohd Hazuan Shah
2. Muhammad Danish
Fikri b. Hamidi
3. Nur Khaleesa
Qistina bt Mohammed Zamri
4. Nur Qistina bt.
Mohammed Zamri
Tulisan Cantik
1. Aleesya Sofea bt. Mohd
Fakhrul Nizam
2. Nur Alia bt Ahmad
Zam Zam Azlan
3. Muhammad Thaqif
Aniq b. Anizazuddin
4. Damia Marsya Irdina
bt. Manan Miah
Berpakaian Kemas
1. Mohammad Salihin
Qayyim b. Roslee
2. Mas Izzatul Aleesya
bt. Ahmad Dahari
3. Adam Adzrien Alief
b. Ismail
4. Muhammad Qhairan
Aibath b. Azman
Pelajar Kreatif dan Inovasi
1. Meenashwary A/P S.
Thiagu
2. Raja Imran Darwisy
b. Raja Azhar
3. Arif Shakirin b.
Hj. Ab. Rahman
Seterusnya, penerima
sijil Prasekolah Taqwa
Berdaya
Saing Dan Berkeyakinan Tinggi
1. Danish Haikal b.
Mohd Firdaus
2. Nur Athirah Sufiyah
bt. Rudierwan
3. Adam Hakimi b.
Shuib
4. Mu’izz Zulfadhli b.
Abdullah
Sahsiah Terpuji
1. Anis Sufiya bt.
Shamsul Hisham
2. Syed Haziq Afiq
Alkaff b. Syed Ahmad Alkaff
3. Siti Nur Izzati bt.
Shahrul Izam
4. Muhammad Naufal
Syazwan b. Mohamad Safarin
Tulisan Cantik
1. Nurbatrisyia bt.
Fadzil
2. Nurul Najihah Najwa
bt. Mohamad Zaki
3. Puteri Nur Aqilah
Hasnaa bt. Ahmad Kamil
4. Muhammad Danish
Zawawi b. Mohd Shaifuddin
Berpakaian Kemas
1. Mohamed Afnan Shah
b. Abdul Rahman
2. Wan Nurul Hannan
bt. Wan Hishamuddin
3. Ahmad Fahrin Irwan
b. Abdullah
4. Muhammad Amir
Hazriq b. Mohd Nizam
Pelajar Kreatif dan Inovasi
1. Aimi Badriah bt.
Mohd Fuad
2. Nur Amani Zulaikha
bt. Basri
3. Ahmad Firas b.
Zahari
4. A’mirah Kamalia bt.
Mohd Nor Azman
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Mohd Yusof bin Hassandi atas kesudian
menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi.
Sebagai tanda penghargaan, majlis
mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah Bt. Abd Razak, Guru Besar Sk Sungai
Rokam untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang berusaha En. Mohd Yusof bin
Hassandi.
Dijemput En. Mohd Yusof untuk
menerima cenderamata. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada murid-murid
prasekolah yang menerima sijil dan hadiah pada hari ini. Semoga kejayaan ini
menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.
Bagi memeriahkan lagi
suasana pada pagi ini majlis diteruskan lagi dengan persembahan “Nyanyian dan Gerakan” oleh murid-murid
prasekolah Sk Sungai Rokam. Untuk itu majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan
ribuan terima kasih. Untuk makluman hadirin sekalian persembahan “Nyanyian dan
Gerakan” itu tadi dibimbing oleh Pn.
Nurul Eziani bt. Zulkefli.
Hadirin sekalian, dengan berakhirnya
persembahan itu tadi maka kita telah pun berada di penghujung acara
Gugur menguning buah
kuini,
Menghijau pohon subur
dibaja,
Majlis kita berakhir di
sini,
Salah dan silap lupakan
saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat
dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.
Kami
bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Konvokesyen Prasekolah Sk Sungai Rokam kali
ke-6 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan
kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat
sebarang kekurangan sepanjang mengacarakan majlis.
Sebelum bersurai, untuk
makluman hadirin sekalian majlis akan disambung dengan acara “Sesi Bergambar”.
Setelah selesai “Sesi Bergambar” bersama tetamu kehormat dan jemputan, majlis
menjemput tetamu,dif-dif jemputan dan ibu bapa untuk menjamu selera dengan
jamuan yang telah disediakan.
Dengan itu, tanpa melengahkan masa dijemput
Yang Berusaha En. Mohd Yusof bin
Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara, diiringi oleh Pn. Hjh Rafiah bt. Abd Razak Guru Besar Sk
Sungai Rokam, Penolong-penolong Kanan serta dif-dif kehormat untuk acara “Sesi
Bergambar” ini.
Majlis dengan ini
mempersilakan.
Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Subscribe to:
Posts (Atom)